Pada hari ini 24/4/2010 - satu program yang bertujuan untuk membentuk sahsiah dan membina disiplin murid telah diadakan di Dataran Bestari SK Pedas. Program ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh tuan Guru Besar. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah berkaitan buli oleh Sjn.Mohamad b.Ismail dari IPD Rembau, ceramah anti dadah oleh pegawai daripada Angensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Rembau, pertandingan mewarna poster dan mengarang. Sesungguhnya ia satu program yang banyak memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya dadah, masalah disiplin murid dan menyerap nilai-nilai murni. Syabas kepada guru-guru yang terlibat terutamanya Unit HEM.
No comments:
Post a Comment