Nov 3, 2009

Syukran Jazilan Sk. Pedas

Hari Guru 09

Latihan Kebakaran

Hadiah Sumbangan Kelab Guru Dan PIBG

Terimakasih Semua Dan Maaf Dipinta
Assalamualaikum.

Saya mengucapkan terimakasih tak terhingga kepada Guru Besar Sk Pedas, Guru-Guru Penolong Kanan, Guru-guru, Kakitangan Sokongan Dan murid-murid yang dikasihi atas kerjasama dan doa kalian.

Saya juga memohon maaf atas kekurangan saya selama berkhidmat di Sk Pedas..Tak sempat nak jumpa semua. Insyaallah besok 4 nov saya akan ke Sarawak. Sk Pedas kenangan yang INdah...Semoga berjumpa lagi...

Read more...

Oct 28, 2009

Jamuan Makan Semaian Wahyu 2009



Barisan Pentadbir Sekolah dan PIBG



Rezeki Jangan di Tolak..









Dikir Barat

Para Peserta Majlis Semaian Wahyu j-Qaf diraikan kerana telah memperolehi kemenangan di peringkat Daerah 2009. Terimakasih kepada En Amir Bin Uyub selaku YDP PIBG Sk Pedas yang sudi menjamu kami semua. Syabas Sk Pedas.

Read more...

Persediaan Sukan Tahunan







Latihan Sukan untuk persediaan Sukan Tahunan 2009. Semua Rumah sukan sibuk berlatih untuk mendapat kemenangan dalam setiap acara yang akan dipertandingkan nanti..Syabas..

Read more...

Oct 21, 2009

Lawatan Dari Bukit Tinggi, Sumatera Barat




Tarikh : 21 Okt 2009

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikom

Sekolah Keb. Pedas telah menerima kunjungan tetamu dari Sekolah Dasar Negeri 02 Percontohan, Bukit Tinggi, Sumbar Indonesia. Delegasi seramai 10 orang ini disambut dengan meriah oleh Guru Besar dan seluruh Warga Pedas. Para tetamu disambut di Dataran Sekolah kemudian dibawa melawat ke Bilik-Bilik Khas dan seterusnya ke Makmal Komputer untuk menyaksikan slide berkaitan sekolah.

Anjuran Bersama:
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
Pejabat Pelajaran Daerah Rembau
Sekolah Kebangsaan Pedas

Read more...

Oct 15, 2009

UCAPAN TAKZIAH

Kepada Ust.Mohd.Zaid Mohd.Zain diucapkan takziah di atas pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 15/10/2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Al-fatihah

Read more...

Sep 20, 2009

ADAB MENYAMBUT AIDILFITRI


Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh syarak untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan solat fardu secara berjemaah, melakukan solat sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa-apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.


Imam Syafie r.a telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas dan Al-Fakih bin Sa'd r.a bahawa Rasulullah SAW melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Aidiladha. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah.


Di samping itu disunatkan juga memakai pakaian yang sebaik-baiknya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias. Diriwayatkan daripada Ja'far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:


Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya.


Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya disunatkan makan dan minum terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diriwayatkan daripada Anas r.a beliau berkata:


Maksudnya: Nabi SAW tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam bilangan ganjil. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Ahmad).


Selain itu, Hari Raya merupakan hari kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama Muslim saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.


Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi'in (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi SAW) telah berkata (maksudnya): Sahabat-sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan, "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerima-Nya daripada awak.


Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyariatkan di dalam Islam.


Dalam keghairahan menyambut Hari Raya, perlu diingat jangan sesekali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah iaitu mendirikan solat fardu, dan kerana terlalu seronok jangan pula adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.

Read more...

Sep 18, 2009

Salam Lebaran

Salam Lebaran di ucapakan kepada semua warga SK Pedas.

Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya, kepada yang tak de kampung, jalan-jalan lah di jalan raya, kepada yang berseorangan copek lah cari teman, kepada yang ditinggalkan , banyaklah berdoa dan bersabar, kepada adik-adik, janganlah jadi hantu raya, kepada yang bertugas, eeeh ada ke? OOO ,abang jaga, jaga lah diri baik-baik. Semoga semua bergembira di hari mulia. Jangan lupa pada yang tiada dan jangan sekali-kali lupa pada MAHA ESA.

Salam Lebaran dpd blogger SKP

Read more...

Hubungi Kami

KALAU NAK KLIK !

KO KURIKULUM

SCOUT MALAYSIA

PUTERI ISLAM

PBSM

KRS

GALERI PHOTO

ONLINE BANKING

clicks m2u RAKYAT

KAMUS

PENAFIAN

Pihak SKPEDAS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan laman ini.

RUJUKAN

  © Ibnuzainrembawi skpedas by Hakcipta Terpelihara Sek. Kebangsaan Pedas 2008

Back to TOP