


Pada 23/4/2010 telah dianjurkan bengkel Teknik Menjawab B.Melayu UPSR di SK Pedas. Bengkel telah dikendalikan oleh Guru Cemerlang B.Melayu ,Pn.Faridah Doya dari SK Astana Raja. Bengkel turut dihadiri oleh guru-guru Panitia B.Melayu iaitu Pn.Noorliah Abd.Latiff(Ketua Panitia),Pn.Norazita Abdullah, Pn.Rodziah Hassan, Pn.Noraini Salleh dan Pn.Norizan Hassan. Bengkel bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid tentang cara menjawab yang betul mengikut kehendak soalan. Bengkel secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Pedas. Syabas dan tahniah kepada Panitia B.Melayu SK Pedas.
No comments:
Post a Comment