Aug 10, 2010

Kem UPSR (HARLUS).......Semoga berjaya







Majlis penutup.....terima kasih kepada YDP


Sesi berkongsi perasaan.......



Pn.Azlimaton ...guru cemerlang Sains





Riadah.....mini futsal....



Masa belajar jangan main...masa main jangan main-main..

Satu lagi program bersama guru-guru tahun 6 dan unit B&K SK Pedas dalam usaha membantu calon-calon UPSR menghadapi peperiksaan. Program yang diadakan di Kompleks Teknologi Pertanian Ulu Sepri selama 2hari semalam diharap dapat membina dan memupuk keyakinan diri calon-calon pada UPSR akan datang. Selain itu diharap juga program ini dapat memantapkan kemahiran menjawab para calon. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih semua yang terlibat menjayakan program ini.

Aug 5, 2010

KEM PEMANTAPAN UPSR (ELIT)2010



Antara guru yang hadir bersama..



Penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG,En.Amir b.Uyub.Terima kasih ....atas usaha anda.


Ucapan Hj.Mohammad Anuar b.Idris ,guru besar SK Pedas...sentiasa bersama..


Saya rasa....pahit dan manis....(refleksi kursus)


Riadah ....... ooi golapnya..


Ni kalau dapat mandi kat laut ...sodap ni..


Apakah aku salah seorang yang akan dapat 5A....oh Tuhan..


Slot English dari fasilitator dari SK Puteri


Bahasa Melayu bersama En.Johar bin Hamzah ,GPK 1 SK Kg.Baru Sirusa...ketua pemeriksa UPSR


Motivasi....matlamatku 5A


Ahad,1 Ogos- Program Kem Pemantapan (Elit) 2010 telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 di Golden Straits Villas, Port Dickson. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 30/7/2010 sehingga 1/8/2010.Program ini bertujuan memantapkan lagi penguasaan murid-murid terhadap teknik menjawab soalan UPSR. Beberapa orang guru fasilitator telah di jemput untuk berkongsi teknik menjawab. diantaranya En.Johar bin Hamzah ,GPK 1SK Kg.Baru Sirusa yang merupakan ketua pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR. Manakala untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn.Santhi dan Pn.Maria, Sains oleh Pn.Ong Soo Choo dan Matematik oleh Pn.Siti Zakiah dari SK Puteri. Slot motivasi pula dikendalikan oleh En.Zapri b.Md.Amin selaku guru bimbingan dan BM Penulisan oleh Pn.Noorliah Abd.Latiff dari SK Pedas. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang sempat bersama dan juga kepada penaja-penaja yang terdiri daripada dermawan iaitu Tn.Hj.Rahim b.Aziz (Rizcon Engineering) dan ahli korporat iaitu Pengarah Urusan ZURHAM Sdn.Bhd. Tidak lupa juga kepada En.Amir b.Uyub selaku Yang Dipertua PIBG yang banyak membantu mendapatkan penaja-penaja. Begitu juga Hj.Mohammad Anuar b.Idris (Guru Besar) yang sentiasa prihatin dan bersama semasa program.

Jul 25, 2010

Kolej Tunku Kurshiah mendarat dibumi SK Pedas....


Sekalung terima kasih.....


Bakal pemimpin..........


Turut sama menjayakan ......staf pejabat SKP


Guru-guru yang prihatin.....


Pengorbanan....ibu..guru....


Mari dik..tengok sape yang kena?





23Jun- Baru-baru ini SK Pedas telah menganjurkan satu program Perkongsian Pintar SKP-TKC di Dataran Bestari SK Pedas. Kehadiran lebih 43 orang pelajar dan 2 orang guru Kolej Tunku Khursiah telah disambut oleh seramai 124orang murid SK Pedas dan guru-guru Tahun 6. Mereka telah beri taklimat oleh Encik Abdul Samad b.Abu Hassan, Penyelia Petang di makmal komputer SKP sambil menikmati minuman selamat datang. Kedatangan mereka bertujuan memberi bimbingan kepadamurid-murid Tahun 6 SKP dalam menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan penguasaan perbendaharaan Bahasa Inggeris. Berbagai aktiviti telah dirancang oleh pelajar-pelajar TKC dibawah bimbingan Pn.Rozlina dan Pn.Nurizah selaku guru yang bertanggungjawab. Guru Besar SKP,Hj.Mohammad Anuar b.Idris dalam ucapannya mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih diatas kehadiran mereka. Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pihak. Moga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

Jul 19, 2010

LDP siri 2/2010





Bersempena dengan bulan Bahasa Melayu, LDP siri 2/2010 telah dijalankan bertempat di makmal komputer SK Pedas. LDP telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu saudara Muhammad Asri bin Husin, kaunselor berdaftar dari SMK Seri Jempol. LDP yang berlangsung 4 jam ini memberi banyak input-input berguna sebagai guru yang prihatin dan bermotivasi. Turut hadir ke kursus ini ialah tuan guru besar SK Pedas. Syabas.

Aktiviti Bulan Bahasa Melayu





Pada hari Rabu 15/7/2010 telah dijalankan satu daripada aktiviti bulan Bahasa Melayu iaitu Pertandingan Mendeklamasikan Sajak telah mengambil tempat di Dataran Bestari SK Pedas.Seramai 10 orang peserta daripada Tahun 4 dan 5 telah mengambil bahagian. Pertandingan bertujuan mencungkil bakat-bakat terpendam murid-murid untuk ditampilkan di peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu.

Patah tumbuh ,,hilang berganti






Baru-baru ini pada 9/7/2010 jam 8.00 malam bertempat di Royal Bintang Hotel, Seremban, satu majlis ringkas perpisahan dan selamat datang telah diadakan. Majlis meraikan kedatangan Tn.Hj.Muhammad Anuar b.Idris sebagai Guru Besar SK Pedas yang baru dan mengucapkan selamat berpisah kepada Hjh.Norehan Khamsiah bt.Awang yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Undang Rembau.Majlis telah dianjurkan oleh Kelab Guru SK Pedas dibawah pimpinan En.Mohd.Rashid b.Mohamad. Turut hadir ialah YDP PIBG,En.Amir b.Uyub. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Hjh.Norehan atas tunjuk ajarnya sepanjang berkhidmat sebagai Guru Besar.Selamat Maju Jaya. Kepada Hj.Muhammad Anuar selamat menjadi ahli keluarga SK Pedas.