Aug 5, 2010

KEM PEMANTAPAN UPSR (ELIT)2010



Antara guru yang hadir bersama..



Penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG,En.Amir b.Uyub.Terima kasih ....atas usaha anda.


Ucapan Hj.Mohammad Anuar b.Idris ,guru besar SK Pedas...sentiasa bersama..


Saya rasa....pahit dan manis....(refleksi kursus)


Riadah ....... ooi golapnya..


Ni kalau dapat mandi kat laut ...sodap ni..


Apakah aku salah seorang yang akan dapat 5A....oh Tuhan..


Slot English dari fasilitator dari SK Puteri


Bahasa Melayu bersama En.Johar bin Hamzah ,GPK 1 SK Kg.Baru Sirusa...ketua pemeriksa UPSR


Motivasi....matlamatku 5A


Ahad,1 Ogos- Program Kem Pemantapan (Elit) 2010 telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru Tahun 6 di Golden Straits Villas, Port Dickson. Program berlangsung selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 30/7/2010 sehingga 1/8/2010.Program ini bertujuan memantapkan lagi penguasaan murid-murid terhadap teknik menjawab soalan UPSR. Beberapa orang guru fasilitator telah di jemput untuk berkongsi teknik menjawab. diantaranya En.Johar bin Hamzah ,GPK 1SK Kg.Baru Sirusa yang merupakan ketua pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR. Manakala untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris oleh Pn.Santhi dan Pn.Maria, Sains oleh Pn.Ong Soo Choo dan Matematik oleh Pn.Siti Zakiah dari SK Puteri. Slot motivasi pula dikendalikan oleh En.Zapri b.Md.Amin selaku guru bimbingan dan BM Penulisan oleh Pn.Noorliah Abd.Latiff dari SK Pedas. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang sempat bersama dan juga kepada penaja-penaja yang terdiri daripada dermawan iaitu Tn.Hj.Rahim b.Aziz (Rizcon Engineering) dan ahli korporat iaitu Pengarah Urusan ZURHAM Sdn.Bhd. Tidak lupa juga kepada En.Amir b.Uyub selaku Yang Dipertua PIBG yang banyak membantu mendapatkan penaja-penaja. Begitu juga Hj.Mohammad Anuar b.Idris (Guru Besar) yang sentiasa prihatin dan bersama semasa program.

No comments: