Jun 28, 2010

Tahniah PBSM...


Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan di Kem Bina Semangat Ampang Pecah,Selangor. Kedua-dua peserta tersebut merupakan ahli BSMM Tahun 5 SK Pedas. Mereka ialah Ahmad Najmi b.Abd.Wahab dan Maizatul Mas Ayunazira bt.Norsam,murid Tahun 5 Bestari. Maizatul telah mengharumkan nama sekolah kerana berjaya menjadi Johan dalam acara Pertandingan Kawat Kaki dalamperkhemahan tersebut. Beliau telah bertindak sebagai Ketua Perbarisan bagi pasukannya.Pihak sekolah berharap program-program sebegini dapat melatih murid-murid dari segi kepimpinan dan jati diri. Syabas sekali lagi.

No comments: