May 23, 2010

KEPIMPINAN PENGAWAS 2010


.....shhhhh, sila ambil perhatian


...terima kasih tuan...


Dari kiri En.Baharom Alias (GPK 1),En.Nor Azmi Che Lah (Fasilitator) Hj.Muhammad Anuar Idris (Guru Besar) dan En.Amir Uyub (YDP PIBG)


..anda semua pengawas bukan pengganas, jadi bertindak dengan berhemat..

Pada hari Sabtu yang lalu ,22/5/2010, program Kepimpinan Pengawas SKPedas telah dilaksanakan dengan kerjasama Badan Pengawas Dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kursus bertujuan memberi input-input berkaitan tugas-tugas pengawas dan juga memupuk gaya kepimpinan dikalangan pengawas. Program yang dianjurkan telah dikendalikan oleh Kaunselor Cemerlang iaitu En. NorAzmi b.Che Lah dengan dibantu oleh empat orang ahli PRS. Acara penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Hj.Muhammad Anuar b. Idris selaku guru besar dan En.Amir b.Uyub, YDP PIBG SK Pedas. Sekalung tahniah kepada guru-guru badan pengawas iaitu En.Abu Kassim,Pn.Siti Nurbaya, Pn.Noraini, Pn.Meriam,Pn.Manonemani danPn.Hamizah. Terima kasih juga kepadapihak pentadbir yang sangat-sangat membantu dalam menjayakan kursus ini.

No comments: