Apr 21, 2010

KARNIVAL KAWAD KAKI DAERAH REMBAU 2010




Pada hari ini 21/4/2010 telah berlangsung Karnival Kawad Kaki Daerah Rembau 2010. Karnival ini disertai oleh pasukan beruniform daripada sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Rembau.Antara pasukan yag menyertai karnival ini ialah Kadet Polis, Pengakap,Puteri Islam,Pandu Puteri, PBSM dan KRS. Sekolah Kebangsaan Pedas juga tidak mahu ketinggalan dengan menghantar pasukan Pengakap Lelaki dan Pandu Puteri Tunas. Pasukan Pengakap diketuai oleh Saiful Adha. Kedua-dua pasukan telah dilatih oleh Konst.Nazir,Konst.Azillah dan Koperal Mohamad dari Balai Polis Pedas. Mereka telah berlatih selama tiga minggu untuk persediaan karnival ini. Dalam Karnival ini kedua-dua pasukan sekolah mendapat tempat kedua. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terlibat.Pihak sekolah berharap SK Pedas akan menjadi juara pada tahun hadapan melalui strategi jangka panjangnya.Insyaallah.Terima kasih kepada Hjh.Norehan Khamsiah yang sentiasa menyokong pasukan kawad kaki sekolah dengan menyediakan kasut dan sarung tangan.

No comments: