Jul 31, 2009

KEM BINA INSAN 2009






Baru-baru ini pada 24 hingga 25 Julai 2009 telah diadakan satu kursus Bina Insan 2009. Sasaran kursus merupakan murid-murid tahun 4 dan 5 SK Pedas. Kursus ini berlangsung di Kompleks Pertanian Ulu sepri. Seramai 40 orang murid mengikuti program ini. Kursus ini merupakan anjuran Unit Disiplin Dan Pengawas SK Pedas dengan kerjasama Unit B&K. Warden yang bertugas ialah Pn.Nurbaya Daut(Ketua Guru Disiplin) bersama-sama jawatankuasa disiplin. Pihak Sekolah berharap kursus ini dapat membantu melahirkan warga SK Pedas yang berdidiplin dan bermotivasi tinggi. Program ini juga mendapat bantuan daripada pegawai MAINS iaitu En.Zuhairi b.Mohd.Nopiah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan kursus ini terutama sekali Hjh.Norehan Khamsiah bt.Awang Guru Besar SKP dan juga En.Norazli Baba.(GPK HEM)Penutup program telah disempurnakan oleh En.Norazli b.Baba. Sekian.

No comments: