
Kelebihan Membaca al-Quran dengan Bertarannum :
Daripada al-Barra’ bin ‘Azib RA memberitahu sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “ Hiasilah bacaan al-Quraan anda dengan suara yang elok.”( HR Abu Daud dan al-Nasie )
Diriwayatkan bahawa Raulullah SAW suka mendengar bacaan dari sahabat-sahabat baginda terutamanya bacaan Abu Musa al-Asyhari. Dalam satu riwayat baginda Rasulullah saw telah bersabda : “ Sesungguhnya bertuah engkau wahai ( Abu Musa ) kerana Allah swt telah menurniakan seruling dari jenis seruling keluarga Nabi Daud.”( HR al-Bukhari dan Muslim). Maksudnya Baginda Rasulullah saw telah memuji keindahan suara Abu Musa yang menyerupai suara Nabi Daud AS.
Dalam Hadis yang lain Baginda bersabda yang bermaksud: “ Lagukanlah bacaan al-Quran itu, bukan dari kalangan kami orang yang tidak mahu melagukan bacaan al-Quran. Dan sebaik-baiknya menagislah ketika membaca al-Quran, jika tidak dapat menangis buat-buatlah menangis.”( HR al-Bukhari )
Dalam sabda Baginda yang lain bermaksud : “ Allah sangat suka mendengar Nabi SAW yang selalu mengelokkan suara untuk melagukan bacaan al-Quran dalam bentuk bacaan yang nyaring.” ( HR al-Bukhari dan Muslim )
Cuba lihat pada diri kita, sibuk sangatkah kita sampai tidak ada masa dengan perutusan Allah swt yang penuh pengajaran dan panduan???.
INHAD
No comments:
Post a Comment