May 15, 2009

SOFBOL MSSM NS 2009




Pada 14 hingga 16 Mei, telah berlangsung Kejohanan Sofbol MSSM Peringkat N.Sembilan. Kejohanan ini telah diadakan di SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. SK Pedas telah menyertai kejohanan tersebut dengan menghantar pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun. Pasukan ini telah dibimbing oleh En.Zapri Md.Amin dan En.Abu Kassim Abd.Manap selaku jurulatih dan Pn.Siti Hajar sebagai pengurus pasukan.Dalam kejohanan ini SK Pedas telah memberi tentangan yang sengit kepada pasukan SK Palong 7 selaku juara tahun lalu. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan SK Pedas. Perlawanan kedua menentang SK Port Dickson juga berkesudahan dengan kekalahan kerana pada ketika ini pitcher SK Pedas gagal melakukan pitch yang konsisten disebabkan tekanan semasa perlawanan.Walaupun begitu Izman selaku pemain centerfield muncul sebagai penyelamat maruah apabila berjaya membuat "homerun'. Kekalahan dua perlawanan lalu telah ditebus apabila SK Pedas berjaya mengalahkan SK Nyatoh di mana pemain Short stop, Fahmi Zikry Darus telah berjaya melakukan homerun.




Walaupun berbekalkan semangat juang yang kental dan barisan pemain yang mantap, tetapi nasib tidak menyebelahi SK Pedas yang terkeluar pada pusingan awal. Sekalung tahniah kepada pasukan SK Pedas yang tetap memberi tentangan tanpa gentar kepada pasukan lawan. SK Pedas berharap dapat memasuki sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir pada tahun depan. Syabas kepada semua pemain lelaki bawah12 dan juga pihak sekolah khususnya Hjh.Norehan Khamsiah bt Awang (Guru Besar) yang sentiasa menyokong dan menyediakan keperluan untuk pasukan ini. Tidak lupa juga kepada En.Abd.Manan(GPK KOKO), En.Sherifudin, dan Pn. Isma Hazly yang turut serta mengurus keperluan dan menyokong pasukan SK Pedas.

No comments: