Mar 9, 2009

Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1430



ANNIE Besat di dalam bukunya, The Life and Teachings of Muhammad berkata: “Seseorang yang mengkaji kehidupan beliau dan sifat nabi dari bumi Arab ini dan tahu mengenai ajaran dan cara hidupnya, pasti memberikan penghormatan kepada nabi yang agung ini.


“Manusia yang ganas dapat beliau lembutkan, insan yang tertindas berjaya dimerdekakan dan manusia padang pasir yang tidak pernah dikenali akhirnya mampu meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Beliau juga berjaya menggantikan cara hidup sesat yang jahiliah kepada tamadun unggul yang saintifik.”

GEORGE Bernard Shaw, ahli falsafah berbangsa Inggeris yang berpengaruh berkata di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus: “Secara terancang, orang-orang Kristian dan pendakwahnya memberi gambaran hodoh mengenai Islam dan rasulnya.

“Saya sempat mengkaji Islam dan rasulnya bersungguh-sungguh sebagai pengkaji sejarah dan pengkritik. Saya dapati, Muhammad memang manusia yang agung, malah beliau adalah penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.”

BUKU The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History karangan Michael H. Hart, seorang ahli sejarah, pakar matematik dan astronomi menyatakan: “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca.

“Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Beliau mengembangkan satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.”


Jika orang barat mengagumi nabi kita mengapa tidak kita. Semoga kita dapat mencontohi tetapi mengamalkan sunah dan akhlak nabi kesayangan kita. Sedih bila lihat dalam satu rancangan remaja baru-baru ini, beberapa remaja ditanya tentang tarikh kelahiran Nabi Muhamad S.A.W, ramai yang gagal menjawab dengan memberi alasan dah lupa sebab dah lama tinggalkan bangku sekolah. Yang peliknya dia orang ni ingat pulak hari valentine. Dimana silapnya ye?

Sumber : Utusan M'sia.

1 comment:

ابن زين الرمباوي said...

posting yang bagus..smoga kita smua menjadikan nabi s.a.w sebagai ikutan...Allahumma salli ala saidina muhammad....