Jan 3, 2009

KONGSI PENGETAHUAN

Kawan-kawan, ni say dapat daripada internet.Kalu dapek diamalkan (hafal) bagus la.Mari la kita cubo amalkan.

Doa ketika ditimpa musibah (kematian dan sebagainya)


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، اللَّهُمَّ أجُرْنِيْ فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَ أخْلَفْ لِيْ خَيْرًا مِنْهَا.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadanya kami akan kembali, Ya Allah, berikanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpaku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik darinya”.(Riwayat Muslim)

Doa di atas dibaca bukanlah semata-mata bila mendengar khabar kematian sahaja, tetapi dibaca bilamana ditimpa apa-apa sahaja musibah samaada sakit, kehilangan harta-benda, ketakutan, kehilangan harta benda dan sebagainya.


Ucapan Takziah


إِنَّ لِلَّهِ مَا أخَذَ، وَلَهُ مَا أعْطَى وَكُلُّ شَيْءٍ عِنْدَهُ بِأجَلٍ مُسَمَّى... فَلْتَصْبِرْ وَلْتَحْتَسِبْ.

Maksudnya : “Sesungguhnya kepunyaan Allah segala yang telah diambil dan kepunyaannya segala yang telah diberi dan bagi setiap sesuatu di sisinya mempunyai tempoh yang tertentu….. .…….. Bersabarlah dan harapkan pahala daripada Allah”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Elok juga diucap dengan kata :

أعْظَمَ اللهُ أجْرَكَ، وَأحْسَنَ عَزَاءَكَ وَغَفَرَ لِمَيْتِكَ.

Maksudnya: “Semoga Allah memperbanyakkan pahala kamu dan memperelokkan perkabungan kamu serta mengampunkan orang yang telah meninggal”. (al-Azkar an-Nawawi)


Rujukan : INHAD

No comments: