Feb 22, 2011

Selamat bertemu kembali....



Salam 1 Malaysia buat semua warga ....bertemu kembali di alam...siber. Admin mohon maaf sebab dah lama tidak mengemaskini laman blog. Walaubagaimana pun mohon rakan-rakan yang diberi kebenaran mengakses laman ni sila sumbangkan artikel yang berguna. Esok Sambutan Maulidur akan dijalankan oleh Panitia Agama Islam.Sama-samalah kita menghayatinya.Paling penting tunjukkanlah kecintaan kita pada Rasul melalui perbuatan bukan dengan cakap-cakap saje.
SEDIKIT PERISTIWA PENTING PADA RABIULAWAL
Sumber: Utusan
Terdapat banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah tentang jatuh bangunnya tamadun Islam pada bulan Rabiulawal. Di antaranya:
  • Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sumber-sumber mengatakan bahawa baginda lahir pada 12 Rabiulawal, tahun Gajah bersamaan 12 April 571M.
  • Pelantikan Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul. Pada bulan rabiulawal inilah baginda telah diangkat menjadi Rasul ketika usia baginda 40 tahun. Maka dengan ini bermulalah dakwah baginda secara rasmi di Mekah al-Mukarramah.
  • Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yathrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaah 12 Rabiulawal lalu baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  • Peperangan banyak berlaku pada zaman Rasulullah SAW di antara tentera Islam dan tentera kufar. Di antara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  • Wafatnya junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW ialah pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  • Abu Bakar ra dipilih menjadi khalifah pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah Saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah SAW yang diketuai oleh Saidina Ali ra.
  • Pembukaan Baitul Muqaddis. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583H.


No comments: